Antologi Cerpen Karyawan Wanita: Mahkota Ratu

Antologi Cerpen Karyawan Wanita: Mahkota Ratu

Harga biasa
RM20.00
Harga jualan
RM20.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penyelenggara: Tunku Zarita Tunku Mohd Mokhtar, Sabariah Nor Salleh

Penerbit: Bahtera Publishing

Tahun: 2018

Muka Surat: 188

 

Prawacana:

SEGUGUS MUTIARA SEKALUNG MASTURA

Alhamdulilah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka ANTOLOGI CERPEN MAHKOTA RATU telah berjaya disempurnakan oleh 20 orang Karyawan Wanita yang terpilih. Impian dan harapan saya mengumpul karya-karya para cerpenis wanita dalam sebuah buku antologi, kini telah berhasil. Tema wanita dengan pelbagai cerita yang diangkat di dalam antologi ini mampu memberi impak yang indah kepada para pembaca. Ilham yang dicerapkan menjadi aksara membina cerpen-cerpen menarik yang penuh pengajaran dan teladan.

Sekalung tahniah karyawan wanita! Kita sama-sam menggembeleng minda membina cerpen yang pastinya memberi kepuasan dan semangat untuk terus menghasilkan antologi bersama mahupun kumpulan karya perseorangan di masa akan datang. Teruskan sahabat! Sebagai penyelenggara, kami sekadar membantu dan di minda kalianlah, kita realisasikan impian bersama-sama. Ibarat sebutir mutiara yang dikarang-karang menjadi seuntai mastura yang indah dikalung di leher wanita. Bagai sebuah tiara yang terletak anggun di mahkota sang ratu. Begitulah, semoga karya kita memberi manfaat kepada para pembaca. 

Jutaan terima kasih juga, saya persembahkan kepada beberapa orang sahabat penulis yang terlibat dalam pemurnian hasil karya ini. Juga kepada rakan-rakan penyelenggara yang sudi membantu saya dari segi semangat dan idea. Pastinya terima kasih kepada penerbit yang bersusah payah melaksanakan impian saya menjadi realiti.

Marilah menghayati dan menghadam karya 20 orang karyawan wanita yang terlibat di dalam antologi ini. Semoga memberi manfaat kepada kita. Terima kasih kepada para cerpenis yang sudi berkongsi cerita di dalam Antologi Cerpen Mahkota Ratu!

TUNKU ZARITA TUNKU MOHD MOKHTAR SABARIAH NOR SALLEH

~ Penyelenggara Antologi Cerpen Mahkota Ratu ~