Antologi Puisi Suara Deklamator

Antologi Puisi Suara Deklamator

Harga biasa
RM25.00
Harga jualan
RM25.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penyelenggara: Norazimah Abu Bakar, Wanrazuhar, Usman Gumanti Ibrahim

Penerbit: PENYAIR

Tahun: 2017

Muka Surat: 214

Ā 

Blurb:

Kita dapati, karya-karya dalam buku ini memuatkan tema yang pelbagai. Untuk tujuan deklamasi, tema dan kaedah penulisan sama penting. Kedua-dua aspek itu perlu memiliki elemen teatrikal, iaitu dapat disampaikan dengan diiringi aksi, dan dapat disuarakan hingga menimbulkan kekaguman penonton atau pendengar. Sajak-sajak dalam buku ini adalah sajak-sajak auditorium, atau sajak-sajak deklamatori, iaitu sajak-sajak yang mempunyai potensi untuk dipersembahkan kepada khalayak di depan mata.

Bertentangan dengan sajak deklamatori ialah sajak kamar. Sajak kamar ialah sajak yang memuatkan makna yang tersembunyi di sebalik lambang yang rumit untuk dijangka. Jangkaan pembaca mungkin silap, dan jika betul pun selalunya tidak menimbulkan kesegaran atau pun kejutan. Penamaan sajak kamar itu sendiri berkaitan dengan keadaan kesendirian, yang disarankan oleh makna 'kamar'. Sajak kamar seumpama orang yang bermenung panjang. Habis bermenung, tidur. Pembaca seakan-akan di dalam kamar, berfikir sendirian, mencari makna untuk diri sendiri, dan makna itu tidak dihebohkan kepada orang lain.

Prof Dato' Dr. Rahman Shaari