Atas Lantai Takdir oleh Fida Rohani

Atas Lantai Takdir oleh Fida Rohani

Harga biasa
RM22.00
Harga jualan
RM22.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penulis: Fida Rohani

Penerbit: Grup Buku Karangkraf

Tahun: 2013

Muka Surat: 553

 

Blurb:

Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan berkaliber.

Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum.

Ah, betapa peritnya perpisahan itu! Nik Anum juga merana rupanya. Perkahwinannya dengan Tengku Hisyam membawa kesengsaraan. Bukan gelaran janda yang dicari, namun jodohnya tetap berakhir dengan penceraian. 

Bertahun menanggung derita, akhirnya takdir menemukan semula Nik Anum dan Zulfikar. Mungkinkah mereka dapat membina cinta yang pernah tersungkur?

Zulfikar layak mengahwini bekas kekasih yang dicintainua itu! Tapi, Nik Anum...