Catatan Rindu Buat Umi
Catatan Rindu Buat Umi
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Catatan Rindu Buat Umi
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Catatan Rindu Buat Umi

Catatan Rindu Buat Umi

Harga biasa
RM25.00
Harga jualan
RM25.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

CATATAN RINDU BUAT UMI

Penulis: Rosmieza Che Mat, Rosmiena Che Mat, Rosmieni Che Mat

Penerbit: Syahida Hassan Enterprise

Tahun: 2020

Muka Surat: 130

 

Blurb:

Pesani Umi

Wan Zainab Bt Wan Ali

Buat anak-anakku yang dikasihi dan disayangi. Ingatlah pesan umi ini.

Hidup ini bagai mimpi pendek
Sekelipan mata sampai keakhiran
Kita musafir butuh bekalan
Usah lalai leka pun jangan
Kampung abadi sedia di depan

Banyakkan mencari keredhaan Tuhan dan Baginda Rasul
Tambahkan amalan
Pegang erat al-sunnah Rasul tercinta
Lazimi zikir baca al-quran
Jauhi diri tepis kemungkaran
Teruskan kebaikan
Sehingga kita dijemput pergi

Anak-anakku
Tingatkan takwa
Hulurkan sedekah
Bersabarlah sentiasa
Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa
Berbuat baik dan ehsan kepada sejagat raya
Penuhi kantung pahala
Tuhan itu Maha Kasih Maha Sayang
Pada hambaNya yang patuh setia

Sanggupkan anak-anakku hadapi seksa?
Andai kiranya kalian lalai dan lupa
Janjian Tuhan pasti ada benar belaka

Ingatlah wahai anak-anakku
Hidup ini kembara singkat
Penuh ranjau dan onak berduri
Carilah sebaik jalan
Di syurga nanti kita bersatu

Umi
15/09/2005 KL-Kg. Puah, Gombak