Projek Penerbitan Anekdot Pesta Buku

Projek Penerbitan Anekdot Pesta Buku

Harga biasa
RM60.00
Harga jualan
RM60.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Anekdot Pesta Buku

Kenangan berpesta buku pada awal Jun yang lalu pastinya melekat di memori kita semua. Apatah lagi, dua tahun kita berpuasa daripada menikmati suasana hari raya buku. Pasti juga anda ada kenangan berpesta buku yang dahulu, yang boleh dikongsikan kepada pembaca.

SHE membuka peluang kepada 40 orang penulis bagi berkongsi catatan pengalaman berada di pesta buku, mana-mana pesta buku, tidak terhad kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Catatan berbentuk anekdot tersebut perlu ditulis mengikut syarat yang berikut:

1. Penulisan anekdot mengikut tema. Boleh ceritakan mana-mana pesta buku seperti PBAKL, Pesta Buku Selangor dan lain-lain. Tidak terhad kepada tahun 2022 sahaja.

2. Panjang karya maksimum 3 muka surat A4.

3. Yuran RM60 untuk penerbitan bagi satu karya.

4. Karya dalam MS Word. Boleh selitkan gambar kenangan. Gambar original dalam format PNG atau JPEG. Gambar mestilah hak milik penulis. GAMBAR DARIPADA GOOGLE TIDAK DIBENARKAN.

5. Karya anda mestilah asli, tidak meniru mana-mana penulisan dari Google.

6. Hantar karya ke karyashe2020@gmail.com dengan subjek emel:
ANEKDOT PESTA BUKU_Nama Penulis_ Judul Karya.

Hubungi Puan Ku Shairah di talian +60 19-647 1243 untuk maklumat lanjut.

Untuk pendaftaran, sila daftar dan hantar karya sebelum 30 Ogos 2022.