
Semangat cinta akan tanah air perlu diterap dalam diri sejak kanak-kanak lagi. Salah satu caranya, melalui penulisan yang ringkas dan mudah difaham.
Tuliskan kisah inspirasi kanak-kanak dari perjuangan tokoh pahlawan Melayu bertemakan semangat patriotik cinta akan tanah air.
1. Gaya penulisan dan bahasa haruslah bersesuaian untuk kanak-kanak.
2. Terapkan nilai murni dan pengajaran dalam penceritaan.
3. Penulisan tidak lebih daripada 1200 patah perkataan.
4. Satu penyertaan satu kisah. Tidak boleh dicampur aduk. Sekiranya berminat untuk menghantar lebih daripada satu karya sila hantarkan penyertaan yang berasingan.
5. Manuskrip perlu ditaip dalam fail MS Word, menggunakan font Arial saiz 12, langkau 1.15.
6. Hantarkan karya anda ke emel : nurulaini@shequad.biz
7. Namakan fail mengikut format ini: JUDUL KARYA_NAMA PENULIS