
Penyelenggara: Md Share Abd Ghani
Penerbit: Nuha Creative Resources
Tahun: 2019
Muka Surat: 155
Blurb:
Buku ini memuatkan aneka jenis anekdot. Terdapat anekdot yang bergaya romantik, dan tidak kurang juga yang sini dan sarkastik. Di samping itu, ada juga anekdot yang tebal dengan ajaran moral dan agama. Kepelbagaian jenis anekdot ini menyebabkan buku ini menarik kerana selepas membaca satu demi satu, pembaca tertanya-tanya tentang kemungkinan isi dan gaya karya yang seterusnya.
Dato' Rahman Shaari, Ketua Satu PEWIRA
Anekdot merupakan satu genre yang sangat bertepatan dengan zaman kini dimana manusia terlalu sibuk sehingga tidak sempat membaca buku. Dengan babaknya yang pendek-pendek dan disudahi dengan puncline, pastinya pembaca tidak akan sempat untuk bosan.
Tahniah diucapkan kepada para penulis kerana berani mencuba. Saya akui, bukan mudah membuat orang ketawa. Namun, usaha penulis haruslah dihargai.
Khairy Tajudin, Guru Penulisan Anekdot