
Penyelenggara: Zabidi Mohamed
Penerbit: ZAAS Publication
Tahun: 2018
Muka Surat: 194
Blurb:
Buku antologi anekdot ini diterbitkan bagi menghimpunkan semua hasil tulisan peseta Bengkel Penulisan Anekdot anjuran saya yang diadakan pada April 2017 di Perbadanan Kota Buku Kuala Lumpur.
Ia sebagai usaha memberi motivasi dan 'rasa percaya' kepada para peserta bahawa mereka juga mampu menjadi penulis melalui konsep dan gaya penulisan anekdot yang pendek, lucu dan mudah.
Bagi saya, 'rasa percaya' adalah langkah pertama dan paling penting perlu ada dalam jiwa sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Husna Adnan, Tuan Khairy Tajudian dan Tuan Bahruddin Bekri kerana turut menjadi pembimbing dalam Bengkel Penulisan Anekdot ini.
ZABIDI MOHAMED
Penyelenggara
Bengkel Penulisan Anekdot