Antologi Cerpen Warna

Antologi Cerpen Warna

Harga biasa
RM20.00
Harga jualan
RM20.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penyelenggara: Nazrie Haslieanie, Asfa Aliyana

Penerbit: Pena Padu Press

Tahun: 2017

Muka Surat: 160

 

Sekapur Sireh:

Jadi penyelenggara sebuah antologi cerpen? Sejujurnya saya memang tidak pernah terfikir. Apatah lagi dengan pengalaman yang lebih nipis daripada kulit bawang. Namun penyelenggara utama, Nazrie Haslieanie mencadangkan agar saya menjadi penyelenggara bersama. Antara yakin dengan tidak cadangan itu saya terima.

Pertama kali membaca cerpen yang masuk ke kotak emel, saya sangat teruja. Wow! Itu perkataan pertam sebaik sahaja cerpen selesai dibaca. Rasa teruja, bersemangat dan tidak sabar menunggu cerpen seterusnya. 

Antologi Warna adalah cadangan Nazrie Haslieanie kepada AC Jaffrie (Pena Padu). Seperti tajuknya, cerpen-cerpen yang terpilih juga melakarkan warna yang berbeza dari sudut pandangan yang berbeza. Bukan sekadar warna-warna cinta yang indah tetapi juga mencakup warna-warna menarik dalam kehidupan.

Cerpen-cerpen yang terdapat dalam Antologi Warna sangat luar biasa ceritanya. Semuanya kerana penulis-penulisnya memiliki latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Sejujurnya saya sangat seronok diberi peluang bekerjasama dengan mereka.

Penulis-penulis ini sangat bersemangat dan sentiasa sudi berkongsi pengalaman mereka.

Akhirnya, bacalah Antologi Warna yang penuh dengan warna dan pelbagai rasa. Pembaca pasti akan dapat melihat dengan jelas warna-warna yang cuba ditonjolkan oleh penulis. Harapan saya, penulis-penulis Antologi Warna akan terus menulis dan melakar warna dalam dunia penulisan ini.

Terima kasih semua atas pengalaman yang menarik dan berwarna-warni.

Asfa Aliyana

Penyelenggara