
Antologi Puisi Merdeka 60: Bianglala Melukis Syurga
Penyelenggara: Mohamad Saleeh Rahamad, Rozlan Mohamed Noor
Penerbit: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Tahun: 2017
Muka Surat: 196
Blurb:
Antologi puisi membayangkan secara puitis perjalanan serta takdir manusia untuk mentakrif erti kemerdekaan yang kompleks. Kebatilan lampau dan tawanan minda asing harus diatasi dengan kewarasan ilmu secara psikologi waja bangsa yang merata dan merakyat. - SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan
"Di bumi merdeka, sang penguasa boleh saja menghukum atau mengaibkan si penyair (di luar roh dan semangat keadilan), tetapi tak mungkin dapat memenjara puisinya kerana puisi itu adalah suara (hati nurani manusia)". - SN Baha Zain
Penerbitan antologi sajak patriotik ini penting artinya bagi usaha menumbuhkan dan memelihara semangat cinta tanah air. Di tengah derasnya arus globalisasi, penegasan kembali identiti kebangsaan dapat memberi spirit bagi kita untuk intropeksi dan merenung: apa yang dapat kuberikan bagi bangsaku? Bagaimanapun jua, antologi puisi ini dapat menanamkan nilai perjuangan kebangsaan and kemanusiaan. Maka buku ini sepatutnya menjadi bacaan bagi pelajar di semua peringkat, agar generasi muda, turut menyiapkan diri berperan aktif dalam setiap gerak pembangunan bangsa, apa pun bidang dan profesinya. "Puisi tak pernah mati. Maka kobarkan semangata patriotik melalui puisi!" (Maman S Mahayana, Pensyarah Universitas Indonesia)
Sajak-sajak patriotik di Semenanjun Tanah Melayu pada tahun-tahun 1950-an sarat dengan tema kemerdekaan kini disambung hayatnya dengan pengungkapan dan pengisian erti kemederkaan melalui suara penyair. Bianglala Melukis Syurga membuktikan bahawa selagi ada sajak patriotik, selagi itulah semangat perjuangan terus menyala, dan maruah bangsa terus terbela. (Noridah Kamari, Penulis Singapura)
Semangat patriotisme yang terakam dalam bentuk buku memperlihatkan betapa utuh, padu dan kentalnya mata pena penyair. Suara-suara ini tidak kurang pentingnya berbanding perajurit di medan perang. Syabas semua! (Abdul Razak Panaemale, Pensyarah Universiti Wailalak, Thailand)