
Penyelenggara: Ilham Pujangga, AC Jaffrie
Penerbit: Pena Padu Press
Tahun: 2017
Muka Surat: 251
Prakata:
Ternyata nuansanya makna GURU pada pandangan kita yang terlahir daripada tulisan-tulisan yang ada. Walau bagaimanapun, matlamat yang disampaikan oleh seorang guru masih lagi berpanyungkan kesucian, keikhlasan, kejujuran, telus, baik, bijak dan segala yang positif daripada Pencipta. Maka selayaknya guru disanjung hebat da'i, mu'alim, murabbi sehingga ada yang mampu diangkat sebagai wasilatul-anbia'.
Tulisan-tulisan hebat yang terkandung dalam antologi ini sangat berharga untuk dikongsi baca bersama pemaknaan rasa yang jujur. Koleksi karya yang termuat di sini juga sesuai diladeni oleh semua peringkat umur. Sesuai dengan surat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu Iqra' yang bermaksud bacalah dan disampaikan oleh Rasulullah sebagai da'i, maka sewajibnya kita juga berperanan sebagai pendakwah. Oleh hal yang demikian, di medan inilah kita memainkan sebahagian dari peranan itu. Alhamdulilah, saya ucapkan kerana semua penukil yang terlibat kerana secara tidak langsung telah memanjangkan langkah sebagai murabbi.
ILHAM PUJANGGA
Tugu Kasih, Laman Rindu, Triang, Pahang