
Penyelenggara: Nurimas SN, AC Jaffrie
Penerbit: Pena Padu Press
Tahun: 2017
Muka Surat: 151
Prawacana:
Assalamualaikum dan salam puisi. Alhamdulilah, sempurna sudah kompilasi puisi patriotik yang digarap oleh 18 penyair prolifik yang menyajikan pelbagai gaya dan presentasi. Antologi ini menggabungkan kombinasi penyair mapan dan baharu yang menampilkan cara olahan yang berbeza.
Secara keseluruhannya, sajak yang terkandung di dalam antologi ini mampu menjadi rujukan generasi masa kini dari segi sejarah, falsafah, pengalaman dan pengisian pasca kemerdekaan. Pembaca akan dibawa menyingkap perjuangan warga sebelum merdeka dan sumbangan tokoh-tokoh negara dalam pengisian kemerdekaan.
Dari segi komposisi masa, sajak-sajak di dalam Pertiwi Kersani ini dapat dibahagikan kepada empat fasa iaitu;
- Kehidupan pramerdeka
- Pejuang-pejuang kemerdekaan
- Keadaan pascamerdeka
- Kemelut dan cabaran masa kini
Justeru kepelbagaian latar dan generasi yang digarap dalam antologi ini, akan memberi impak lebih berkesan dan variasi perasaan kepada pembaca. Ini menjadikan ianya sebuah naskhah yang wajar dimiliki oleh semua peminat puisi terutamanya generasi muda untuk memantapkan lagi kefahaman mengenai semangat patriotik.
Tahniah kepada semua pihak, penulis, penyelaras dan penerbit yang berkolaborasi bagi merealisasikan kerja murni ini. Selamat membaca dan salam semanis puisi.
NURIMAS SN ~ Penyelenggara.