Antologi Travelog Masjid - Masjid Tanah Air: Singgah Sujud
Antologi Travelog Masjid - Masjid Tanah Air: Singgah Sujud
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Antologi Travelog Masjid - Masjid Tanah Air: Singgah Sujud
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Antologi Travelog Masjid - Masjid Tanah Air: Singgah Sujud

Antologi Travelog Masjid - Masjid Tanah Air: Singgah Sujud

Harga biasa
RM30.00
Harga jualan
RM30.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penyelaras: Noraini Omar

Penerbit: Syahida Hassan Enterprise

Tahun: 2020

Muka Surat: 90

Ā 

Blurb:

Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Begitulah masjid di Malaysia dibina begitu indah dan bercirikan kesenian Islam. Para penulis membawakan keindahan masjid melalui travelog yang santai.

Kehadiran di masjid sahaja telah memberi aura meingsafi diri. Apatah lagi jika bersolat dan ber-munajat di dalamnya. Satu ketenangan pasti menyelimuti diri. Kembara para penulis untuk SINGGAH SUJUD di masjid-masjid terkenal tanah air bukan sahaja mewujudkan keinsafan, malahan menonjolkan keindahan seni bina Islam yang boleh dijadikan satu kebanggaan buat semua Muslim.

Kesenian Islam boleh mendatangkan kebahagian dan kesyukuran, menimbulkan pengabdian kepada keesaan dan kesempurnaan Allah. Terus hati ingin berzikir dan berselawat. Masjid seharusnya menjadi sebuah medan pertemuan untu berukhuwah dengan masyarakat sekitar. Selain dari tempat beribadat, masjid juga boleh dijadikan tempat mengimarahkan ilmu.

SINGGAH SUJUD membawa anda mendekati masjid dan mudah-mudahan mendekatkan diri pada Allah dan menjadikan kita hamba yang taat pada seruan agama. Ayug, kembaralah bersama kami dalam SINGGAH SUJUD.