Dealova 2
Dealova 2
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Dealova 2
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Dealova 2

Dealova 2

Harga biasa
RM15.00
Harga jualan
RM15.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Penyelenggara: Emma Kasim, AC Jaffrie

Penerbit: Pena Padu Press

Tahun: 2018

Muka Surat: 168

 

Bicara Penyelenggara:

"Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hildang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian."

~ Pramoedya Ananta Toer (Novelis Indonesia)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya antologi cerpen Dealova 2 dapat diterbitkan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pena Padu Press, khususnya kepada Ayahanda Chik atau AC Jaffrie kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi penyelenggara bersama antologi ini. Terima kasih kerana menyediakan ruang dan peluang untuk penulis kecil seperti kami semua untuk terus berkarya.

Tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat semua penulis yang begitu komited menyiapkan karya masing-masing mengikut tema yang ditetapkan. Anda semua hebat! Diharapkan anda semua terus berusaha untuk menghasilkan karya penulisan yang berkualiti. Jangan jemu untuk mencuba, jangan putus asa dalam berusaha. Kejayaan akan jadi milik insan-insan yang rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. 

Kepada pembaca dan pemilik naskhah ini, terima kasih dan sekalung tahniah saya ucapkan. Semoga anda perolehi sesuatu yang bermanfaat dari karya ini. Semoga karya-karya dalam antologi Dealova ini dapat memberi kepuasan kepada anda yang membaca.

Segala yang baik datang dari Allah. Segala yang buruk datangnya dari kami. Jika ada salah dan silap jutaan maaf saya pohonkan.

Emma Kasim

Penyelenggara