Igauan Dhiya
Igauan Dhiya
Igauan Dhiya
Igauan Dhiya
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Igauan Dhiya
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Igauan Dhiya
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Igauan Dhiya
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Igauan Dhiya

Igauan Dhiya

Harga biasa
RM30.00
Harga jualan
RM30.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

IGAUAN DHIYA

NOVEL KANAK-KANAK

 

Pengarang: Rohani Sarmani

Penerbit: Syahida Hassan Enterprise

Tahun: 2021

Muka Surat: 127

ISBN: 9789672378402

 

Blurb:

Novel ini memaparkan kisah seoran budak bandar, Dhiya yang hidup di kampung dengan nenek kesayangannya ketika kedua-dua ibu bapanya melanjutkan pelajaran di luar negara. Dhiya pasrah dan tabah memendam rasa rindunya. Dhiya menimba banyak pengalaman bersama-sama rakan baharu. Pelbagai peristiwa menarik dan penuh "adventure" dilaluinya dengan perasaan teruja dan menyeronokkan. Suara jeritan misteri yang didengari selalu mnejadi igauan tidurnya malah sering terngiang-ngiang pada cuping telinganya. Kelibat lembaga misteri yang besar dan berlumuran darah serta misteri kehilangan kucing Nek Jah juga menjadi persoalan dalam diri Dhiya. Kemunculan sebuah lori dua tan yang sering kelihatan di rumah banglo tinggalan di hujung kampung, menyemarakkan lagi keinginan Dhiya untuk menyiasat. Siapakah gerangan lelaki gemuk yang selekeh dan rakannya yang kurus serta berambut panjang yang tidak terurus tu? Siapakah pula lelaki bertopi mengkuang yang menunggang motosikal dan merenung tajam ke arah Dhiya ketika latihan bola jaring di padang sekolah tempoh hari? Kehadiran kelibat seorang wanita dengan seekor kucing bernama Zimbo juga mengundang kekalutan dalam hati Dhiya. Nalurinya meronta-ronta tidak sabar untuk merungkai semua persoalan yang berlegar dalam pemikiran Dhiya. Dengan bantuan rakan-rakannya, Dhiya tekad untuk mencari jawapan terhadap semua persoalan dan misteri yang menjadi igauan dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini. Jom! Terokai dan alami pengalaman menarik bersama-sama Dhiya dengan membaca novel IGAUAN DHIYA.