
Penulis: Fida Rohani
Penerbit: Rohani Deraman
Tahun: 2017
Muka Surat: 505
Blurb:
Najihan mencubit bahu Jojo. Dengan riang, Jojo mengaduh. Kemudian dia kerdipkan mata. "Jihan, terimalah cintaku," kata Jojo sambil menarik tangan Najihan dan mengucupnya. Tulus dan sangat ikhlas. "Mana?" Najihan bertanya dengan ketawa, manis. "Apanya?" Jojo melilau, hairan. "Cinta yang awak nak beri. Yang suruh saya terima tu" Najihan pula mengerdipkan mata. Mesra. "Di sini." Jojo menunjukkan ke dadanya. Dia menarik tangan Najihan dan meletakkan di dadanya. Najihan tersenyum, bahagia.
Sinopsis:
Najihan, dianggap tomboy kerana suka berpakaian seperti lelaki. Dia memikul tanggungjawab menjaga keluarga dalam usia muda selepas ayahnya dipenjarakan. Namun dalam hatinya tetap ada rasa cinta dan ingin hidup bahagia. Bagaimanapun, cintanya melalui halangan lantaran keadaan diri dan keluarganya. Mampukah Najihan hidup bahagia?