
MANJA
Penulis: Cici Aida
Penerbit: Ilham Santai Enterprise
Tahun: 2019
Muka Surat: 351
Blurb:
"Sweet sangat daddy dengan Aunty Julia ni. Macam Beauty and the Beast." MANJA
Dia Manja. Seiring dengan sikapnya yang manja. Selalu ada peluang nak mengusik si ayah. Namun, permintaannya tidak pernah diabaikan.
"Pak Cik jangan risaulah. Saya masih single." GIBRAN
"Itu lagi aku risau." KAHAR
Jatuh cinta dengan anak daranya? Memang buat si ayah tidak senang duduk. Lebih-lebih pilihan si anak duda beranak satu. Boleh percaya ke?
"I cuma nakkan hak I semula. Dan Manja kena tahu I ni mummy dia. You tak boleh menafikan itu semua." SOFEA
Gibran nekad. Dalam hatinya kini hanya ada satu nama. Biarpun rasa payah, akan diusahakan juga sehingga dapat.
"Dalam hati I cuma ada you. Dan sejujurnya, I cintakan you, Gib. Memang semua ni tak patut berlaku. Tapi I tak mampu berselindung dengan perasaan I sendiri." JULIA
Jelas hati Gibran sudah terbang mendengar pengakuan itu. Namun, gara-gara fitnah, Julia tiba-tiba ditangkap basah. Berkeas si ayah mahu si anak bernikah bagi menutup malu. Tercemar sudah nama dan keturunannya.
"Jauhkan diri you dari Manja. I tak nak dia tahu hal ni. Antara kita, biar I yang tentukan semunya." GIBRAN
Nak menyesal, sudah terlambat. Hasutan terus membawa diri Julia pada kekesalan.
"Kenapa? You dah give up dengan I? Ke you memang dah sayangkan jantan tu sebenarnya?" RICKY
Takdir Allah, mampu mengatur kebahagiaan yang berlandaskan kejujuran dan kesetiaan. Siapa yang layak mengecapi bahagia? Semuanya bakal terjawab dalam MANJA.