
Penulis: Ahmad Fedtri Yahya
Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Tahun: 2012
Muka Surat: 115
Blurb:
Saya melihat pentas majlis perkahwinan sebagai medium terbaik untuk meluahkan seni yang saya minati - seni berbahasa dan seni pantun. Kecintaan pada warisan pantun begitu tinggi, melangkaui segenap ruang angkasa dan bintang-gemintang. Itulah gambaran hati seikhlasnya. Bukan untuk riak dan angkuh diri, kecintaan pada pantun lahir secara semulajadi kerana berpaut kepada nilai intelektual dan citra bistari yang terkandung dalam cabang puisi turun-temurun ini.