Lanchang II

Lanchang II

Harga biasa
RM30.00
Harga jualan
RM30.00
Harga biasa
RM35.00
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

Meriam kerajaan siam menghujani Sri Pahang seekor naga dari Tasik Chini yang bersisik emas dalam misi menyelamatkan naga siam yang bernama Sri Kemboja. Akibat dari bedilan Meriam itu, Sri Pahang tewas dan pulang ke Tasik Chini dalam keadaan parah. Tok Gedut iaitu Pawang Diraja yang menjadi pengikut Datuk Bahaman cuba merawat Sri Pahang namun tidak berjaya. Adik Sri Pahang yang sedang bersisik gangsa menyimpan dendam terhadap Sri Kemboja tetapi malangnya dia perlu bertapa selama 100 tahun dahulu untuk bertukar sisik emas barulah dia boleh menandingi Sri Kemboja. 


Cuti sekolah...

Pawang Mat diserang oleh Joyo. Maka berlakulah pertempuran yang dahsyat di loji rawatan air Kampung Mempatih di tebing Sungai Semantan. Pawang Mat hampir tewas namun nasib menyebelahinya kerana kedatangan Din Sumbawa Dan Lanchang tepat pada waktunya. 

Tetapi, ketika hendak menyelamatkan Ayah Mat, Lanchang terkena pukulan Joyo Dan tercampak ke dalam Sungai Semantan dan disambar sesuatu. Lanchang hilang!

Pawang Mat yang diselamatkan oleh Din Sumbawa gering dan nazak di rumah. Imam Hambali; rakan seguru Pawang Mat bertungkus-lumus cuba utk mengubati penyakit misteri Pawang Mat. Lanchang masih belum ditemui!

Di Bumi Semantan,
Seorang tua misteri yang digelar Nenda Gumum bersama anaknya, Melati menemui seorang budak lelaki bernama Nizam di tebing Lubuk Sengarat dalam keadaan parah.

Bumi Semantan. Negeri yg tiba-tiba sahaja mempunyai bahan galian emas bawah pemerintahan Paduka Demang Aduka Jagat mempunyai dua orang putera iaitu Jajaka Pura dan Taruna Jati. Kedua-dua putera Paduka Demang itu sangat memyintai Melati tetapi Melati sebenarnya menyimpan perasaan kepada Nizam yang telah sembuh.

Tidak puas hati, Putera Jajaka Pura bersama dua orang panglima terbilang di Bumi Semantan yg dikenali sebagai Panglima Jalak Dan Panglima Sabung cuba melarikan Melati dari Lubuk Sengarat namun tidak disangka pula Nizam dapat menyelamatkan Melati dan mengalahkan dua orang panglima yang handal itu.... Siapakah Nizam sebenarnya?

Semntara itu, Nenda Gumum cuba untuk membawa permaisuri Paduka Demang keluar dari Istana. Apakah hubung kait antara Permaisuri Paduka Demang itu dengan Nenda Gumum yang kini berusia 100 tahun?