Tunggu Saya Pulang oleh Khairy Tajudin

Tunggu Saya Pulang oleh Khairy Tajudin

Harga biasa
RM30.00
Harga jualan
RM30.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

TUNGGU SAYA PULANG

Penulis: Khairy Tajudin

Penerbit: KTR Press

Tahun: 2017

Muka Surat: 293

 

Blurb:

Awak, ini adalah mesej terakhir saya sebelum saya matikan henpon ini. Sekarang, saya ada dalam flight menuju ke India. Awak tau tak, inilah kali pertama saya jejak kaki naik flight. Excited gila. Tapi, saya masih mampu mengawal rasa excited itu. Kalau tak, memang saya melompat-lompat dalam flight ini.

Pramugari dalam flight ini sangat menguji keimanan saya. Awak jangan jeles pulak. Tak, saya tak pandang mereka pun. Sipi-sipi gitu je saya pandang. Amersab cakap, kalau tengok kali pertama tidak mengapa. Yang kedua tu tak boleh. Jadi, untuk kali pertama pandang, saya pandang lama-lama. Takpe kan?

Saya berazam untuk tidak membuka henpon ini sehinggalah saya balik ke Malaysia. Jadi, pesanan saya kat awak cuma satu. Jangan rindukan saya. Kalau awak rindu jugak, awak baca taklim yang saya hadiahkan tu. Awak zikir banyak-banyak guna biji tasbih yang saya bagi tu.

Sebelum terlupa, terima kasih banyak-banyak sebab hadiahkan saya sepasang kurta biru. Saya tengah pakai ini. Rasa kacak la pulak. Patutlah pramugari ni asyik ushar saya je.

Awak tunggu saya balik tau. Jaga diri baik-baik.

Yang benar,

Daim