RESENSI BUKU: BACA BUKU APA HARI INI?

PROGRAM: KOMUNITI BUKU SHE

Bawah program Komuniti Buku SHE, pihak SHE telah merangka satu program percuma secara sangkutan maya (virtual reality) melalui aplikasi Zoom dan sambungan secara langsung ke Laman FB Rak Buku Nurul Syahida.

(www.facebook.com/syahidahassanenterprise).

RESENSI BUKU: BACA BUKU APA HARI INI?

Program ini merupakan program mengulas buku yang telah dibaca dan berkongsi ilmu yang didapati daripada buku tersebut. Melalui program ini, para peserta yang terlibat akan mengulas buku yang telah dibaca selama lima minit. Rakan yang lain boleh mengajukan soalan sekiranya berminat dengan buku tersebut.

Program ini diadakan pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam. Sesiapa yang berminat perlu mendaftar dahulu melalui WhatsApp ke 0107907388 (Nurul Syahida). Setiap penyertaan akan disediakan e-sijil. Peserta tidak terikat untuk menyertai program ini. Tiada paksaan untuk mengikuti program pada setiap minggu. Tetapi, kami jamin, sekali terjebak pasti akan selalu hendak sertai. Seronok berkongsi buku yang dibaca!

Cara ini sebenarnya dapat menambah bilangan pembaca buku dan memperkenalkan sesebuah buku kepada umum. Apatah lagi, perjumpaan secara maya ini boleh ditonton secara siaran langsung atau ulangan di laman FB milik SHE.

Inisiatif ini diambil kerana kami ingin mewujudkan masyarakat membaca dan memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Melalui cara ini, aktiviti membaca dapat dijadikan gaya hidup masyarakat dan seterusnya membina tamadun bangsa yang lebih bijak!

 

Sertai grup Komuniti Buku SHE di Telegram: https://t.me/komunitibukuSHE
 
Ikuti program ini di Laman FB Rak Buku Nurul Syahida di pautan ini:

 

Minggu 1: 9 Jun 2020
Tema bebas. Kali ini, para peserta diberi kebenaran untuk memperkenalkan buku sendiri jika ada.

Minggu 2: 13 Jun 2020
Tema buku berwarna biru. Buku yang ada warna biru atau bertajuk biru.

 

Minggu 3: 20 Jun 2020
Buku terbitan luar negara atau buku terjemahan.

Minggu 4: 27 Jun 2020 (Akan Datang!)
Tema buku remaja.

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, komen mesti diluluskan sebelum ia diterbitkan