Kenali Kami

Asam pauh idaman bonda,
Kuning isi manis rasanya;
Lima tahun di persada,
SHE menyeri dunia membaca.
 
Syahida Hassan Enterprise; sebuah perniagaan perkongsian milik usahawan muda; Nurul Syahida Hassan dan suaminya; Aiman Shaare yang diusahakan sejak tahun 2015. Perniagaan ini asalnya ditubuhkan sebagai milikan tunggal dan serius dalam bidang jualan buku pada tahun 2016. Bermula tahun 2019, SHE menukar pemilikan perniagaan kepada perkongsian.
 
2015 – Mula bertapak.
2016 – Memulakan perniagaan jualan buku.
2018 – Memulakan perkhidmatan latihan penulisan.
2019 – Memulakan perkhidmatan penerbitan dan suntingan.

2020 – Memulakan perkhidmatan latihan secara dalam talian.
2021 - Memulakan pemasaran buku ke perpustakaan negeri.