Kembara Seorang Pemburu Kumbang
Kembara Seorang Pemburu Kumbang
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Kembara Seorang Pemburu Kumbang
  • Muatkan imej ke dalam penonton Galeri, Kembara Seorang Pemburu Kumbang

Kembara Seorang Pemburu Kumbang

Harga biasa
RM35.00
Harga jualan
RM35.00
Harga biasa
Habis dijual
Harga seunit
per 
Penghantaran dikira semasa daftar keluar.

KEMBARA SEORANG PEMBURU KUMBANG

 

Pengarang: Mohamed Salleh Said

Penerbit: Syahida Hassan Enterprise

Tahun: 2023

Muka Surat: 283

ISBN: 9789672378938

 

Blurb:

Seorang pesara meneruskan penyelidikan kumbang Chrysomelidae tetapi di lokasi Kepulauan Sunda Kecil. Tujuannya untuk mengemaskini biodiversiti, menyemak Garis Wallace pembatas pengagihan fauna dan memburu spesies baharu. Pengalaman yang dilalui mewarnai kisah pengembaraan. 

Pemburu diperas ugut pegawai perhutanan Lombok kerana tidak mempunyai surat izin. Ketika di KLIA, pegawai kastam menyita spesimen kumbang atas kesalahan membawa masuk haiwan dari luar negara. Pada malam itu kedua di Sumbawa pemburu dibawa menghadap Sultan Sumbawa. Baginda tersenyum apabila pemburu memberitahu tujuannya memburu kumbang. Latas baginda melontarkan pertanyaan, kenapa Alfred Russel Wallace tidak singgah di Sumbawa. Kemudian, baginda menjelaskan bahawa Wallace menganggap Sumbawa musnah akibat letusan gunung Tambora. Baginda memaklumkan kisah Tambora tercatit dalam kitab Syair Kerajaan Bima. 

Ketika di Bima pemburu bertemu Lukman, memaklumkan hasil penyelidikan seorang sarjana Perancis bernama Henri. Syair Kerajaan Bima dan beberapa manuskrip lain adalah bukti bahasa dan persuratan Melayu sudah bertapak di seluruh Kepulauan Melayu.

Dalam pengembaraan ke Timor pemburu mengusung prasangka terhadap penduduk Timor berkulit hitam dan berambut kerinting. Pemburu cemas apabila pemandu kenderaan meluahkan kisahnya mmeringkuk dalam penjara kerana membunuh rakan baik.